Thursday, January 3, 2019

Selamat Datang 2019


Last update blog ni pada 10/10/2017, maksudnya setahun berlalu tanpa apa apa update di sini. Hidup seorang Azila sudah bertukar 360 darjah 😂 JADI maksudnya jugak entry ni sgt panjang 😆

Pertama sekali Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdullilah. Allah Maha Besar, setiap aturan-Nya sentiasa bersebab.

Tanggal 29/10/2017 I'm finally done with my Master in Chemistry. Peritnya hidup selama 2 tahun, perit yg tak dapat di gambarkan hahaha sehingga fobia untuk jejakan kaki lagi di School Chemisty. hahaha OVER kan tahap fobia tu. Sepanjang aku belajar, cita cita aku cuma nak balas balik apa yg mak abah dah bg dekat aku dan aku nak duduk dgn depa hahah (GENG Degree memang stress part ni, sebab depa susah nak ajak aku jalan jalan hahah aku setiap hujung minggu mesti HILANG, BALIK SP hahaha) Aku xdak cita cita selebih itu. Mungkin niat yg sebegitu jugak, Allah mudahkan walaupun perit. Alhamdulillah 😥 (Maaf la banyak haha, azila kalau sembang dkt realiti pun banyak gelak dari bercakap 🙉)

OKAY DAH GRAD | 29 Oktober 2017

Tanggal 01/11/2017, aku lapor diri masuk kerja iaitu selang sehari selepas hari konvo. ALHAMDULILLAH. Last update (10/10/2017) aku ada cakap nak p interview, nak kerja nak tolong mak abah kan ? Allah dah bagi jawapan itu untuk aku dan Dia dah atur yg terbaik 😤 Alhamdulillah skrg tanggal 1 Jan 2019 aku kerja dah masuk 1 tahun 1 bulan di Company Platinum Phase sebagai Chemist di Sungai Petani. ALLAH BAIKNYA ENGKAU YA ALLAH, Engkau tempatkan aku di tempat kerja dekat dgn rumah boleh duduk dgn mak abah. Alhamduliilah, Dia Maha Mendengar dan Menjawab keluh resah hamba-Nya. Yg penting jgn tinggal solat dant terus meminta tanpa jemu 💕

Dah bekerja dan makin bolat haha Baju tu org cakap mcm Manager KFC 😝

Tanggal 31/3/2018 Aku selamat bertunang dengan .......orang yg sama lahhh MUHAMMAD SHAHIZZUDIN . hehe Alhamdulillah urusan berjalan lancar. Terima kasih family kedua dua belah pihak yg memudahkan urusan kami berdua. Terima kasih abah yang banyak memudahkan urusan menantumu. Mulanya Ayie bercadang habis belajar bulan January 2018 tu kerja untuk beli kereta dulu, then baru kahwin. Tapi BAIKNYA ALLAH lagi telah gerakkan hati mak abah aku, depa cakap kereta viva dah ada cukup la. Kahwin dulu katanya, harta kereta tu kemudian 💑💑 hehehe



31 March 2018


Maka Tanggal 7 September 2018 selamat lah kami di ijab kabulkan setelah 5 bulan bertunang. Alhamdulillah suami sgt komited kumpul duit kahwin dgn titik peluhnya sendiri. Dia dah start menabung dari awal perkenalan kami. Dan lepas dapat kerja dalam masa 5 bulan dia sgt agresif untuk kumpul duit kahwin. hahaha Kdg2 sampai tak makan dalam sehari 😭 Alhamdulillah kami kahwin tanpa pinjaman Along hahah 🙈 Nak kahwin ni , perempuan pun kena berusaha sama sama jgk taw! Hah.. 

Banyak pulak bebel, nah belanja gambar kahwin sikit. hahahah

Akad nikah | 7 September 2018
Majlis pihak perempuan di Sungai Petani | 8 September 2018

Kawan Kawan yg ada dari awal majlis sampai selesai. Thankyou babiesss 😭

Majlis pihak lelaki di Rawang, Selangor | 23 September 2018

Alhamdulillah Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Family pihak lelaki sgt baik. Terima kasih sebab terima Azila dan keluarga seadanya. Sebab ada Ustaz pernah pesan, nak berdoa biar detail, sebut satu satu. Sebenarnya inilah doa yg aku amalkan sebelum tahu pun siapa bakal suami aku. Doanya, "YA ALLAH, engkau pertemukan aku dengan lelaki yg jaga solatnya, yg tidak merokok, yg disenangi keluarga aku dan keluarga pihak lelaki juga dapat menerima diri aku dan keluarga aku seadanya."..  Bertapa Allah itu maha mendengar, Dia menjawab Doa aku semuanya yang aku mintak setelah beberapa tahun. Nak menangis bila fikir Baiknya ALLAH.

Dan ...Suami aku bertekad untuk berenti kerja di Selangor, memikirkan aku yg clingy terlebih dan meroyan bila tinggal jauh jauh. hahaha gurau gurau ( betul sikit ja hehe). Faktor utama memikirkan taraf hidup yg tinggi dekat Selatan dan dia org tak suka environment sesak dekat sana. Jadi dia ambil risiko untuk berhenti sebulan sebelum kahwin dan percaya pada Rezeki ALLAH selepas kahwin.

Sebulan selepas kahwin, suami diterima kerja di Kulim. Dan seminggu selepas itu, kebetulan tempat kerja aku buka jawatan kosong, jadinya aku try la bagi resume suami aku. hahaha Dan alhamdulillah di panggil interview keesokannya, dan di terima kerja pada 1 November 2018 iaitu tarikh yg sama aku masuk kerja setahun yg lalu 1 November 2017. Jadinya bekerja la kami siang malam menghadap muka hahah 

SEMUA CERITA DI ATAS, Baiknya Allah terhadap Hamba-Nya, Sungguh Hebat aturan-NYA. Doakan azila dan suami dapat merasa nikmat menjadi ibu dan ayah. Ameen Ameen. Lambat atau cepat, itu semua Aturan-Nya. Dia tahu apa yg terbaik. InshaALLH. Byeee JUMPA LAGIII 






p/s : next, kita cerita pasal homeymoon dekat sabah plak. hahahah kalau rajin.

Tuesday, October 10, 2017

10/10/2017

Kawan gaduh , kawan lepas perasaan, lepas geram, kawan untuk cita masalah (wlpn biasanya x membantu pun) , kawan buang masa, kawan kuat makan.. kawan kuat beletiaq, kuat bebai!!!!
hah banyak lagi!

Mungkin dah 1 tahun 8 bulan kot. Aku bukan sejenis ingat tarikh tarikh ni. 

Terima Kasih datang dalam hidup isi kesunyian. cehhh 😁😂😂 I love you Muhammad Shahizzudin Mohd Radzif 😁

Moga panjang jodoh kita ke anak cucu..hihi Mohon terus bersabar. kalau x sabar, pi kawin dgn pondan.


Jenguk blog ni sebab stress pikiaq pasal keja, hala tuju hidup. fikir mak abah , nak sangat tolong depa. benda ni jadikan beban otak :(  Rasa mcm bodoh sgt ka aku? :( K takda kaitan dgn entry di atas.

okay esok ada interview. moga baik baik saja :(

(10/10/2017 - selasa)

Wednesday, September 16, 2015

Tuesday, August 4, 2015

2015

2015 , kembali setelah dua tahun tak jenguk diari bergerak ni. Azila 2011 masih sama dgn Azila 2015, masih solo (Hihihi). Cuma berbeza cara berfikir la kot skrg? (HAHA) Serius rasa nak ketok kepala dgn "merton" bila tgk entry yg 2011 . Hahaha Hampa jgn duk stalk yg post sblm ni, aku ketuk hampa stgi.

Dulu time 2011 , kalau hampa tanya 5 tahun lg hg jadi apa? duduk dkt mana? ohhh tak tercapai dek akal.  2011, time tu masih dilema nak pilih U untuk diploma, nak masuk matrik/diploma. MasyaAllah, semua yg terjadi atas kehendak Allah. Siapa sangka dah sampai ke tahap ini . Indah sungguh aturan Dia. hehe

Lepas Spm , Allah lancarkan urusan ke matrik dan kemudian degree in Chemistry di Usm. Dan masih tak keluaq penang Hahah. selalu kena peleceyyyy dgn kawan2,xpa lah nak buat mcm mana rezeki sampai Penang ja. Hahaha

Actually diri ni tak bersedia nak hadap dunia yg sebenaq lg, duk dilema lagi antara kerja,sambug belajaq atau tiduq. hahaha tp Alhamdulillah Allah bg rezeki sambung lg belajar. In shaa Allah bln 9 ni register utk master pulak. Moga Allah mudahkan jalan jalan ini, tak mudah sebenarnya. (Harap Azila tak main main lg mcm time degree, Azila janji serius lps ni Hahaha).



Hampa yg lain, yg x sambung belajaq tu moga di murahkan rezeki di bahagian yg lain. Rezeki Allah luas sgt: kesihatan, mak ayah sihat,kawan2 yg baik, ketenangan, ilmu..itu semua Rezeki. InshaaALLAH rezeki hampa keja, Keja elok elok , gaji pertama belanja mak abah hampa. Gaji kedua contact aku ok, 0142681224. 

Ok dua tahun lg aku update lg blog ni, kita tgk aku matang dak g. ka duk sama ja. hahahaha kbye

Sunday, October 20, 2013

testing

20/10/2013 jam 6.27pm
aku mengantok . saja tgk blog yg dah berhabuk .

*aku yg sekarang , bukan yg dulu *

sbnaqnya banyak entry yg dah delete -,-

rasa nak ketok pala kat dinding tgk entry lama-2 . haha

doakan kejayaan aku setiap kali dalam doa mu . hehe

aku tetap azila.
k bye

Monday, February 11, 2013

first entry untuk 2013 !!


Woaaaaaaa first enty untuk 2013 ..berhabuk dah blog aku ni . erm and umoQ aku dah 20 taun wooottt woot ..!! kawan aku ada yang beranak pinak dah . aku ? duk loncat-2 ataih katil lagi * k cacat . errggggghh ya ! ya ! memang aku dalam proses mematangkan diri . tapi aku akan jadi matang bila dgn org x matang , dan aku akan jadi tak matang dgn org matang :3 pening dak ? masalah betoi  -,-

erm ermmmmmm aku budak degree dah weh . bila masa aku "dewasa" ak pn taktaw . nih tengah cuti sem :3 nak masuk sem dua dah . penuh onak duri , ombak badai semua aku nak sampai tahap macam nih . Alhamdulillah , kalau kita letakkan segalanya dekat Dia , InsyaAllah kita x kan kecewa .

Tapi aku mengaku hidup di U , tak seindah yang kita dgQ kecik2 dulu. arrgggghh #IniSemuaPoyoooo .. indah khabar dari rupa . woaaaa! Ya ampun,assgnment kuiz test datang bagaikan bergolek golek . xdan nak sambut . Huhu .. tapi bukan senang nak senang kan ? pahit dulu , manisnyaaaa kemudian :) Insyaallah .

Sebenaq nya kan aku nak cerita macam-2 nihhhhhhhh .. spnjg aku diamkan diri nih. mcm-2 pahit manis jadi .  Hahahaha tragis dak dgq ? haih .. erm xpa laaa.. dalam entry 2013 nak cakap yg aku sihat,dah tua :( , nak ka ka kahkahkah . ok galak . biaQ abg dulu .. Hahahaha Abg dah ada elok2,p putuih :( ermm nak anak menakan (anak saudara) gakkk cm orang laen. Semua tadah tangan *Ya Allah , ringankanlah Jodoh abang aku , percepatkanlah jodohnya* AMIIINNNNNNNNNNN ! :3

Yang pentingggg , aku harap dipermudahkan semua urusan aku dalam pelajaran,hidup aku dan orang sekeliling aku sentiasa sihat untuk 2013 nih . amin amin amin.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkan jangan disulitkan
kerana Engkaulah yang Maha memudahkkan,segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani" amin amin.

Move on Azila  . . jangan toleh lagi ^___^




Monday, September 10, 2012

dah jadi budak degree !

assalamualaikum uoollssss . dah jadi budak degree ..? aku rasa macam dah besaQ laa . padahal perangai mcm bdk2 lgi . Alhamdulillah dpt teruskan study dkt overseas :) .. blablabla . dkt island lagi taw. haha universiti sains malaysia dlm kos chemical sciences. actually tgh boring ni , tuh yg godek blog nie. nak update pasai bilik ! sbb time aku nk msuk sini dlu , aku search ada 2,3 org jaa yg update psai ni. adik-2 kat luaq tuh yg tingin nk msuk usm mesti nk taw kan ? :P hahaha koya aku nih !

aku dapat asrama dlm kawasan RST (Restu,Saujana,Tekun) .. aku budak restu ! asyik2 ! RST nih smua atas bukit . paling hujung Restu aku laaahh -,- mendaki stiap ari time orentasi . tapii jgn risau , dah abeh orentasi ..bas komuter usm disediakan x putus2. Wlpun RST nih jauh dari kampus tapi view kami cantik sbb kami atas bukit .. ampa ada? aprtment kot. haha aku tetap bersyukur !

macam2 kemudahan ada kat sini . tmbh2 , RST. . dah alang2 langkah jejantas . singgah 7eleven ,nasi kandaq lu .. hahah . tapi aku x berkesempatan lg. kkk stop , nak cita pasai bilik . eksited jgk bila fess time msuk sbb meja besaq 2x gnda dri meja matrik . haha SEE laaa meja masih suci dari buku. tapi dihiasi dgn latop =.='' lek luuu , tutor pn x start lg. hikhik


dari meja study pulak , nampak kehijauan dari tingkap. =.=" ok laa kan. jauh sikit dari pencemaran -.-



keluasan bilik ? yeaaahhh luas luas . siap boleh gaduh guling2 . hewhew


apa lagi yg nak tawww..? haa cermin ? cermin besaq gedabak ada dua dlm 1 bilik . haha sapa kaki cermin, haaa suluh laaaa puaih2. haha almari pun besaQ b'gnda dri matrik . pendek kata, servis asrama terbaek.

ok setakat nih saja . haha nampak dak keboringan aku ? nampak kan. tapi aku hrp post nih bermanfaat utk adik2 yg nak jejak dkt usm nty. nak taw pasal bilik . haha -,-" sampai sini saja kekarutan aku. btw, esok kelas aku kul 3 bru ada. yahoooo! then kul 4 abeh.. kul 6 ada bio! rileks rileks. ahakz.. awai2 lg, rileks laa.. tggu nty =.=" ok nak out . da bee daa bee duuu .. doakan yg terbaek utk aku dan kawan2 :) assalamualaikum